Bayi lelaki antara 97 PATI diberkas Imigresen - Utusan Malaysia

Bayi lelaki antara 97 PATI diberkas Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Bayi lelaki berusia empat bulan antara 97 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Imigresen Selangor dalam dua serbuan berasingan semalam. 

Serbuan selama lima jam bermula pukul 12 tengah malam itu tertumpu sekitar Padang Jawa dan Kota Kemuning.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan mengenai kebanjiran PATI di kawasan berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kedua-dua kawasan ini telah dijadikan sebagai penempatan dan rumah kongsi oleh PATI ini. 

“Semasa serbuan dilakukan didapati terdapat segelintir PATI cuba melarikan diri malah cuba bersembunyi termasuk di bawah meja.

“Usaha mereka itu gagal selepas kawasan tersebut berjaya dikepung oleh anggota termasuk pegawai seramai 96 orang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap 430 warga asing di kedua-dua lokasi membawa penahanan 97 PATI kesemuanya. 

Ujarnya, mereka terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Pakistan, India, Vietnam dan Myanmar berusia empat bulan hingga 50 tahun.

“PATI itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor sebelum dihantar ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini