Armada Perak kecam individu periksa kereta peronda polis - Utusan Malaysia

Armada Perak kecam individu periksa kereta peronda polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 April – Armada Bersatu Perak mengecam lima individu yang bertindak melampau terhadap pihak berkuasa dengan memeriksa kereta peronda polis pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam.

Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh berkata, menjadi pemimpin atau penyokong parti pemerintah bukan tiket kepada mana-mana pihak untuk bertindak kurang ajar dan tidak menghormati pihak berkuasa.

Menurutnya, sepatutnya semua pihak mesti menghormati tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga keselamatan sama ada parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

Memuatkan artikel berkaitan…
Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh
MOHD. HAFEZ MUBIN 

“Semua pihak perlu akur peranan pihak berkuasa dalam memastikan segala urusan PRK berjalan lancar sepanjang tempoh kempen berlangsung sehinggalah hari mengundi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Hafez Mubin berkata, Armada Bersatu Perak mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menjalankan amanah mereka dengan profesional dan penuh dedikasi sepanjang PRK DUN Rantau.

“Sehinggakan amat kurang sekali berlaku insiden-insiden yang tidak diingini melainkan kes-kes terpencil sepanjang enam PRK yang telah berlangsung selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini