Hanya 35 kenderaan e-hailing jalani pemeriksaan Puspakom - Utusan Malaysia

Hanya 35 kenderaan e-hailing jalani pemeriksaan Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hanya 35 daripada kira-kira 200,000 buah kenderaan e-hailing hadir menjalani pemeriksaan Puspakom di seluruh negara sehingga 10 April lalu.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn. Bhd. Mohammed Shukor Ismail menggesa pemandu e-hailing supaya tidak menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.

“Ini bagi mengelak sebarang kesulitan seperti tidak mendapat kelulusan dalam tempoh yang ditetapkan atau kesesakan pada saat-saat akhir,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Puspakom telah melanjutkan waktu operasi kepada tujuh hari seminggu di 19 cawangan Puspakom terpilih untuk kemudahan pemandu kenderaan e-hailing.

Mohammed Shukor berkata, mereka juga tidak perlu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan menjalani pemeriksaan Puspakom.

Kerajaan akan mula menguatkuasakan peraturan tertentu bagi perkhidmatan e-hailing di negara ini bermula Julai ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini