Polis London lepas tembakan selepas kenderaan rempuh kereta duta besar Ukraine - Utusan Malaysia

Polis London lepas tembakan selepas kenderaan rempuh kereta duta besar Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 April – Polis melepaskan tembakan selepas sebuah kenderaan merempuh kereta duta besar Ukraine yang diparkir di luar kedutaan di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 pagi itu, kakitangan diplomatik dan suspek berusia 40an tidak mengalami kecederaan namun dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga selepas ditahan.

Kedutaan Ukraine di London dalam kenyataan berkata, kenderaan rasmi duta besar itu dilanggar dengan sengaja ketika parkir di hadapan bangunan kedutaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Polis Metropolitan London mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Setibanya di tempat kejadian, kenderaan suspek dipandu ke pegawai polis.

“Tembakan dan senjata renjat dilepaskan, menyebabkan kenderaan dihentikan lantas suspek ditahan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini