UMNO Johor akur titah Sultan supaya DUN tidak dibubarkan - Utusan Malaysia

UMNO Johor akur titah Sultan supaya DUN tidak dibubarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – UMNO Johor hari ini akur dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak dibubarkan bagi mengelak berlakunya krisis perlembagaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika beliau menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi, di sini, 11 pagi tadi.

“Saya menerima titah Tuanku bahawa pembubaran dewan ini (DUN Johor) pada waktu ini boleh menimbulkan spekulasi yang mengatakan akan berlakunya krisis Perlembagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, untuk mengelak dan membuktikan bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 sebagai undang-undang yang lengkap, maka, pembubaran dewan itu pada waktu ini, sekiranya tidak dilakukan akan dapat mengelak daripada berlakunya krisis perlembagaan,” katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Johor, di sini hari ini.

Hasni yang juga Ketua Pembangkang pada Rabu lepas dilaporkan sebagai berkata bahawa UMNO Johor akan mencadangkan kepada Sultan Ibrahim supaya membubarkan DUN Johor bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini