[VIDEO] Tok Mat, isteri mengundi di SJKC Chung Hua - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tok Mat, isteri mengundi di SJKC Chung Hua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 13 April. – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Video UTUSAN ONLINE

Beliau tiba bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin serta ahli keluarga beliau yang lain di pusat mengundi tersebut kira-kira pukul 8.26 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohamad, beliau gembira proses pengundian berjalan lancar malah beliau turut memuji langkah penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah memberi lebih keselesaan kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab.

“Saya rasa amat gembira apabila rata-rata pengundi yang saya temui terutama di saluran satu dan dua maklum balas mereka bagus. Malah dalam proses kempen 14 hati juga sambutan amat baik.

“Saluran satu dan dua kali ini dibuat di dalam dewan, lebih dekat, dulu di atas. Di sini juga disediakan bangku untuk pengundi-pengundi warga emas, tahniah kepada SPR,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang calon Bebas, R. Malarvizhi turut mengundi di pusat pengundian yang sama malah menjadi pengundi terawal selepas tiba kira-kira pukul 6.45 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini