Pertarungan titanic City, Liverpool - Utusan Malaysia

Pertarungan titanic City, Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 April – Manchester City dan Liverpool meneruskan pertarungan epik bagi merebut gelaran Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini, selepas perlawanan Liga Juara-Juara menyaksikan nasib berbeza menimpa kedua-dua kelab, namun, untuk aksi domestik mereka bakal berdepan ujian getir.

City bertandang ke Crystal Palace dengan keciciran dua mata di belakang anak-anak buah Jurgen Klopp, tetapi gela­ran masih berada di dalam tangan mereka, setelah memiliki kelebihan satu perlawanan di tangan.

Bagaimanapun, kunjungan ke Selhurst Park bukanlah satu perlawanan mudah buat skuad bimbingan Pep Guardiola memandangkan Tottenham akan bertandang ke laman mereka sebanyak dua kali, sebelum berdepan Manchester United di Old Trafford dan mengharungi laluan berliku ke Burnley.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekalahan 0-1 di Tottenham, Rabu lalu dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara telah mencalar pencapaian 14 kemenangan berturut-turut City dan ini bermakna Guardiola perlu memikirkan sesuatu tentang pilihan kesebelasan utamanya, hujung minggu ini.

Jika dia memberi keutamaan kepada aksi timbal balik ke­dua di laman sendiri, minggu depan, maka, Palace berpeluang mengejutkan City dan sekali gus mencerahkan laluan Liverpool merangkul gelaran.

Anak-anak buah Roy Hodgson bertanggungjawab kepada kekalahan City di laman sendiri, Disember lalu dan turut menamatkan rekod juara bertahan itu yang mencatat 18 kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana, musim lalu.

Bagaimanapun, City boleh kembali ke puncak liga dan meningkatkan tekanan ke atas Liverpool beberapa minit sebelum sepak mula menentang Chelsea di Anfield. Kelab London itu berpeluang mengembalikan memori pahit Liverpool, sewaktu di bawah kendalian Brendan Rodgers setelah tewas 0-2 kepada Blues dan insiden Steven Gerrard tergelincir sehingga kini diperkatakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini