Warga emas kudung dua belah kaki tanam 17,000 pokok - Utusan Malaysia

Warga emas kudung dua belah kaki tanam 17,000 pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAYU, China – Seorang veteran tentera yang kudung kedua-dua belah kaki telah menanam 17,000 batang pokok di kawasan pergunungan gersang di wilayah Hebei sejak 19 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Ma Sanxiao, 70, yang tinggal bersendirian di perkampungan Mayu dalam daerah Jing menaiki sebuah motosikal menggunakan kaki palsu untuk pergi ke lokasi penanaman pokok di Pergunungan Taihang itu pada pukul 5 pagi setiap hari.

“Kepada saya, semua ini bukan sekadar pokok. Saya menganggapnya sebagai anggota tentera seperti dalam kumpulan pimpinan saya dahulu. Selagi saya masih hidup, saya akan terus menanam pokok untuk generasi akan datang,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sanxiao akan mencabut kaki palsunya dan merangkak di atas tanah untuk menggali lubang menanam pokok kerana pernah cedera akibat terjatuh ke dalam lubang ketika menggunakan anggota palsu tersebut.

Kedua-dua belah kaki warga emas itu terpaksa dipotong beberapa tahun lalu disebabkan sejenis penyakit dihidapinya. Dia mulanya menanam pokok di kawasan tersebut untuk mendapatkan pendapatan tambahan tetapi kini menganggapnya sebagai satu cara membalas budi kepada masyarakat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini