Dua laporan polis berhubung penemuan kertas undi - Utusan Malaysia

Dua laporan polis berhubung penemuan kertas undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua laporan polis telah dibuat berkaitan dengan penemuan beg plastik hitam yang dipercayai mengandungi kertas undi pos bagi Pilihan Raya Umum (PRU) bagi jawatan Presiden Indonesia di Kajang, semalam.

Difahamkan, laporan dibuat kira-kira pukul 1.45 petang dan 2.39 petang oleh dua warga Indonesia yang bertugas untuk individu yang dicalonkan serta bagi PRU tersebut.

Menurut sumber, lelaki berkenaan bersama rakannya mendakwa menerima maklumat berkaitan kertas undi pos Indonesia disimpan di dua lot kedai di Kajang, dekat sini.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Penemuan di lot kedai pertama menemukan 157 plastik hitam serta putih yang mengandungi kertas undi pos manakala lot kedai kedua pula menjumpai 20 karung beg diplomatik, 10 karung beg hitam dan lima karung beg putih tulisan Pos Malaysia yang mengandungi kertas undi pos Indonesia.

“Penemuan tersebut juga telah dibawa ke pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dan Kedutaan Indonesia untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kes tersebut. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini