Penjual surat khabar ditahan jual rokok seludup - Utusan Malaysia

Penjual surat khabar ditahan jual rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Taktik licik seorang lelaki warga emas menjual rokok seludup berselindung disebalik perniagaan surat khabar akhirnya terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah di Taman Gembira, Banting, di sini semalam.

Serbuan ke atas premis yang dihuni lelaki berusia 59 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira pukul 11.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, serbuan tersebut dilakukan hasil risikan dan maklumat awam mengenai kegiatan yang mencurigakan di premis tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil serbuan itu, kita telah menemui 70 kartun rokok seludup pelbagai jenama antaranya Winston, Zone King, Gudang Garam, Paine dan Mythos dianggarkan bernilai RM20,000 di dalam rumah suspek.

“Selain itu, kita turut merampas wang tunai berjumlah RM392 disyaki hasil jualan rokok yang disembunyikan di dalam sebuah bekas kotak rokok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan pengedar atau dalang penyeludupan rokok terbabit.

“Kita percaya rokok ini adalah untuk pasaran sekitar daerah ini dan ia dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

“Siasatan awal juga mendapati suspek yang aktif sejak awal tahun lalu ini pernah beberapa kali ditangkap pihak kastam sebelum ini,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini