Puspakom bukan monopoli - Utusan Malaysia

Puspakom bukan monopoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 11 April – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) bukanlah sebuah entiti perniagaan monopoli kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan untuk memeriksa keselamatan terutamanya kenderaan komersial.

Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, sehubungan itu pihaknya giat mengadakan perbincangan dengan kerajaan bagi menjelaskan peranan yang dimainkan oleh syarikat itu.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju bahawa ia sebuah syarikat yang terhasil kerana kerajaan mahukan satu badan yang memeriksa dan mengeluarkan sijil perakuan keselamatan untuk kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Puspakom ini dibentuk oleh kerajaan yang berfungsi untuk memastikan kenderaan komersial selamat di jalan raya setelah diperiksa,’’ katanya pada sidang akhbar sempena DRB-Hicom Media Escapade 2019 di sini semalam.

Puspakom atau Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer adalah satu-satunya syarikat yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pemeriksaan mandatori untuk kenderaan komersial dan persendirian pada 1994.

Ia merupakan anak syarikat DRB-Hicom dan mempunyai 54 pusat pemeriksaan di seluruh negara dan memeriksa sebanyak 3 juta kenderaan setahun.

Pada 3 April, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, nasib empat syarikat yang dikenal pasti sebagai syarikat yang mengamalkan perniagaan monopoli atau kartel kini di tangan kerajaan.

Di antaranya ialah Puspakom, Padiberas Nasional Bhd., Pharmaniaga Bhd. dan MyEG Services Bhd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini