Perbalahan Bojan, FAM selesai - Utusan Malaysia

Perbalahan Bojan, FAM selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 April – Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam sekali lagi menegaskan isu berkaitan jurulatih skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak adalah isu dalaman.

Tambahnya, surat tunjuk sebab yang diminta sebelum ini telah diserahkan oleh jurulatih kelahiran Croatia itu, Jumaat lepas dan pihaknya akan meneliti surat berkenaan.

Isu Bojan hangat diperkatakan selepas dia mengkritik sistem pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia yang disifatkan sebagai lemah selepas skuad bimbingannya beraksi buruk dalam saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Sanix di Jepun, bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bojan telah memberi surat tunjuk sebab Jumaat lalu, dan perkara ini sebagaimana saya telah ulas minggu lepas isu dalaman dan tiada kaitan dengan artikel 88 seperti ditanya sebelum ini.

“Ini adalah komen seorang jurulatih sebagai staf kepada FAM. Benda ini akan diteliti secara dalaman oleh FAM dan tiada lain yang boleh saya komen,” katanya ketika ditemui di sidang media pra pelancaran Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (World Football Summit Asia) yang akan berlangsung pada 29 dan 30 April nanti.

Ketika ditanya mengenai kontrak Bojan sama ada akan disambung atau tidak, Stuart menegaskan perkara itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

“Berkaitan kontraknya yang akan tamat, ia hanya akan diputuskan ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan. Penilaian bukan berdasarkan komen itu tetapi lebih kepada persediaan dan prestasi pasukan untuk kejohanan berikutnya,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini