Lelaki amuk, serang polis didakwa di hospital - Utusan Malaysia

Lelaki amuk, serang polis didakwa di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang lelaki yang mengamuk dan menyerang anggota polis di hadapan sebuah bank di sini pada 2 April lalu didakwa atas tiga pertuduhan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berusia 41 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Lelaki itu didakwa di HTAR berikutan masih menerima rawatan susulan terkena dua das tembakan di bahagian perut selepas cuba menyerang polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya telah bantah jaminan terhadap tertuduh kerana tidak mempunyai alamat tetap dan mahkamah tidak benarkan tertuduh diikat jamin bagi semua pertuduhan.

“Kes akan disebut semula pada 23 Mei depan, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki di bawah pengaruh dadah telah mengamuk dan menyerang dua anggota polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi.

Tindakan lelaki berasal dari Sabah itu berikutan tidak berpuas hati kerana gagal mengeluarkan wang daripada sebuah mesin ATM.

Akibatnya, suspek telah terkena dua das tembakan di bahagian perut daripada pihak polis atas tujuan mempertahankan diri dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu.

Suspek yang cedera kemudiannya dirawat di HTAR. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini