Pahang bina 37,034 rumah PR1MA - Utusan Malaysia

Pahang bina 37,034 rumah PR1MA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 April – Kerajaan negeri sehingga kini meluluskan sebanyak 125 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dengan anggaran 37,034 unit rumah di seluruh negeri ini sejak dilancarkan pada 2013.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat negeri ini patut berasa beruntung kerana kerajaan negeri prihatin dengan keperluan memiliki rumah.

“Kerajaan negeri menyedari dan mendengar keluh kesah rakyat untuk membeli rumah yang selesa terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inisiatif kerajaan negeri memberi peluang kepada rakyat apabila berpeluang memiliki rumah di bawah purata RM150,000 sebuah sangat berbaloi,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci PR1MA di Perumahan Makmur Hijrah Jaya, Mukim Penor di sini hari ini.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Salehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abdul Rahim Muda.

Sebanyak 192 unit fasa satu PR1MA Kampung Hijrah dibina dan 258 unit lagi akan dibina pada fasa dua dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini