Malaysia, Thailand perlu maksimumkan aktiviti perdagangan dua hala - Utusan Malaysia

Malaysia, Thailand perlu maksimumkan aktiviti perdagangan dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 11 April – Perdagangan dan pelaburan merupakan komponen utama bagi ekonomi Thailand dan Malaysia, terutamanya melibatkan perdagangan sempadan yang menyumbang lebih daripada 60 peratus.

Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu, Mongkol Sinsomboon berkata, berdasarkan perkembangan itu, kedua-dua negara perlu memanfaatkan kelebihan geografi, budaya dan sejarah masing-masing untuk memaksimumkan perdagangan sedia ada.

“Pada 2 hingga 4 April lalu, kita telah mengadakan seminar serta lawatan bagi meningkatkan kerjasama dagangan antara Thailand dengan dewan-dewan perniagaan di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi seminar berkenaan, kita memberi taklimat tentang potensi dan peluang ekonomi oleh gabenor atau perwakilan dari empat wilayah di sempadan selatan Thailand iaitu Patanni, Songkla, Narathiwat dan Yala,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Ong Yap Heng dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayiu Kelanta, Mohd. Ali Alimin Ab. Latif.

Dalam pada itu, Sinsomboon berkata, orang ramai juga dijemput hadir ke Pameran Perdagangan sempadan Selatan Thailand pada 26 hingga 28 April ini.

“Pameran ini akan diadakan di Stadium Maharaj, di Sungai Kolok, Wilayah Narathiwat.

“Sepanjang tiga hari berlangsung, kita akan mengadakan pelbagai program seminar perdagangan antarabangsa dan sebagainya,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini