Imigresen serbu restoran di Kampung Baru - Utusan Malaysia

Imigresen serbu restoran di Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Selera yang dijalankan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Kampung Baru, di sini semalam.

Difahamkan, operasi dijalankan oleh 51 anggota dan pegawai dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada pukul 9.50 malam.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, menerusi operasi tersebut, sebanyak lima buah restoran telah diserbu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, 65 ialah warga Thailand, Indonesia (17 orang) dan masing-masing seorang dari Pakistan, Myanmar dan Bangladesh.

“PATI ini bekerja sebagai pelayan dan tukang masak di restoran terbabit dan semakan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial dan permit untuk bekerja,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamidi, turut ditahan ialah dua majikan warga tempatan berusia lingkungan umur 40-an kerana menggajikan warga asing tanpa permit sah.


Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini