Pejabat MB lapor SPRM penyelewengan projek taman tema - Utusan Malaysia

Pejabat MB lapor SPRM penyelewengan projek taman tema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 April – Pejabat Menteri Besar hari ini membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kemungkinan wujudnya penyelewengan membabitkan sebuah projek taman tema di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, melalui pemerhatian mata kasar, pihaknya melihat projek tersebut yang pada asalnya diperuntukkan sejumlah wang kecil tetapi telah melonjak melebihi seratus peratus peratus daripada peruntukan asal dengan tambahan lebih RM100 juta.

Menurutnya, pihaknya mendapati semakin jelas ada kemungkinan berlakunya penyelewengan maka kerajaan berpandangan amat sesuai untuk menyerahkan perkara itu bagi dijalankan satu siasatan oleh pihak berkuasa seperti SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama untuk memastikan kita dapat menyelidik perkara ini sedalam-dalamnya dan jika ada berlakunya penyelewengan daripada mana-mana pegawai, maka kita perlulah mengambil tindakan undang-undang

seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turut sama mengiringi pegawainya yang hadir ke Bangunan SPRM untuk membuat laporan tersebut selain kehadiran barisan exco kerajaan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini