Dr. Mahathir tolak cadangan UMNO Muhyiddin jadi Menteri Besar - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir tolak cadangan UMNO Muhyiddin jadi Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 11 April – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak cadangan UMNO Johor supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu yang baharu, dengan mengatakan bahawa Menteri Dalam Negeri tersebut mempunyai tugas lain yang perlu dilaksanakan.

“Parti yang menang (Pakatan Harapan) menamakan Menteri Besar bukan yang kalah…yang kalah duduk diam,” katanya ketika di tanya sama ada beliau akan menimbang cadangan UMNO Johor supaya Muhyidddin, yang berpengalaman sebagai Menteri Besar dan Timbalan Perdana Menteri memimpin kerajaan negeri itu.

Ditanya mengenai kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam yang meminta pihak tertentu supaya hentikan campur tangan mengenai hal ehwal negeri itu, Dr. Mahathir berkata, Johor merupakan sebahagian daripada Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kecualilah kalau ia negara asing. Saya tak campur urusan dalaman negara asing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Agro Malaysia (Maeps) Serdang hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini