PRK Rantau: Banyak kempen PH langgar peraturan pilihan raya - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Banyak kempen PH langgar peraturan pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menghentikan aktiviti Pakatan Harapan (PH) yang menyalahi peraturan pilihan raya.

Menurut beliau, SPR mempunyai pegawai pemantau untuk mengambil tindakan tersebut dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kali ini.

“Sekurang-kurangnya pegawai pemantau mereka (SPR) patut ambil tindakan. Terang-terangan mereka (PH) buat jamuan-jamuan besar. Patut diberhentikan ketika itu juga. Anda ada kuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berhentikanlah. Saya tak cakap pasal pendakwaan, tetapi ada pemantau SPR yang dilantik kenapa tidak dihentikan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama BN di Rantau dekat sini hari ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun pada 9 April lalu menegaskan suruhanjaya itu tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap laporan salah laku dalam pilihan raya kerana ia dibawah bidang kuasa mahkamah.

Terdahulu, Mohamad berkata, banyak kempen PH didapati melanggar peraturan pilihan raya termasuk cuba memberi duit raya kepada pengundi di Sendayan semalam.

Menurut beliau, terdapat juga aktiviti menukar minyak hitam, mencuci dan memperbaiki kenderaan secara percuma untuk pengundi Rantau.

“Saya harap PH sebagai kerajaan kalau sudah terdesak sekali pun berkempenlah tanpa melanggar undang-undang pilihan raya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini