[VIDEO] Terbukti Streram rempuh polis satu drama - Utusan Malaysia

[VIDEO] Terbukti Streram rempuh polis satu drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 11 April – Pengakuan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau mengarahkan Dr. S. Streram merempuh halangan polis selepas gagal masuk ke pusat penamaan calon semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mengesahkan tanggapan bahawa perbuatan itu hanya satu drama.




Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sejak awal beliau sendiri percaya perbuatan itu sengaja dilakukan pembangkang ketika itu untuk menunjukkan kepada dunia betapa kotor dan tidak baik sistem pilihan raya di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Sejak awal saya yakin ia adalah drama yang sengaja dipentaskan. Tidak mungkin sebagai calon yang hendak bertanding, kita tidak memiliki pas calon daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pengakuan Rafizi itu hanya mengesahkan tanggapan saya selama ini,” katanya dalam sidang akhbar di Rantau dekat sini hari ini.

Dalam ceramah di pekan Rantau malam tadi, Rafizi sekali lagi mengimbas semula peristiwa Streram yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) dihalang memasuki pusat penamaan di Dewan Seri Rembau pada 28 April tahun lalu, kerana tiada pas calon yang dikeluarkan SPR.


“Saya beritahu dia (Streram), ‘Saya tahu anda seorang doktor, tetapi hari ini anda mesti lawan. Anda mesti rempuh polis. Anda mesti melakukan apa sahaja untuk masuk. Sebab itulah dia meluru ke arah polis sebelum ditangkap dan digari,” kata Rafizi.


Mohamad memberitahu, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dari segi perundangan susulan pengakuan bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

“Kalau sudah ada pengakuan, saya harap polis dan SPR siasat kerana nama baik mereka telah tercemar kerana seolah-olah sebelum ini polis yang mengganyang Streram,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini