Moody’s selesai kajian berkala penarafan Axiata - Utusan Malaysia

Moody’s selesai kajian berkala penarafan Axiata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 April – Moody’s Investors Service telah menyelesaikan kajian berkala terhadap penarafan Axiata Group Bhd. dan penarafan lain berkaitan dengan unit analisis serupa.

Dalam kenyataan hari ini, Moody’s berkata, semakan tersebut dijalankan menerusi kajian portfolio yang menilai semula kesesuaian penarafan itu dari segi metodologi utama berkaitan, pembangunan terkini dan perbandingan profil kewangan dan operasi dengan rakan penarafan yang sama.

“Penarafan Baa2 mencerminkan penilaian kredit asas (BCA) terhadap baa3 dan mendapat satu peringkat kenaikan berikutan sokongan luar biasa daripada kerajaan (A3 stabil). Sehingga 31 Januari 2019 syarikat itu adalah 75 peratus milik langsung dan tidak langsung oleh entiti berkaitan kerajaan, termasuk 37 peratus kepentingan langsung oleh Khazanah Nasional Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kajian semula ini tidak melibatkan jawatankuasa penarafan. Sejak 1 Januari 2019, Moody’s telah mengeluarkan siaran akhbar selepas setiap kajian berkala untuk memaklumkan ia selesai dilakukan,” katanya.

BCA Axiata disokong oleh pelbagai pendapatan dan kedudukan pasaran yang kukuh bagi anak syarikat mudah alih utamanya di Malaysia (Celcom Axiata Bhd.), Indonesia (XL Axiata tbk (P.T.), Baa3 stabil), Bangladesh, Sri Lanka, Kemboja dan Nepal. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini