Jenama kereta nasional baharu pacu industri automotif - Utusan Malaysia

Jenama kereta nasional baharu pacu industri automotif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 11 April – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin hasrat Malaysia untuk mewujudkan jenama kereta nasional baharu adalah penting dan akan memesatkan lagi pembangunan industri automotif negara.

“Projek ini dijangka dapat mewujudkan kluster teknologi baharu serta tenaga kerja pakar baharu terutama dalam mempelajari teknologi kejuruteraan automotif terkini” katanya pada majlis pelancaran Malaysia Autoshow 2019, di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, perancangan untuk pembangunan industri automotif adalah berdasarkan pendekatan untuk membudayakan Malaysia dengan teknologi-teknologi masa depan yang canggih, justeru menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang sistematik dan lestari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendekatan yang diambil adalah berasaskan teknologi tinggi, yang menumpukan kepada pelaburan strategik dalam pembangunan rantaian bekalan tempatan dan peluang perniagaan baharu yang bersifat inovatif,”katanya.

Dr Mahathir berkata, sektor automotif juga dapat menjana “spin-off” bagi keseluruhan ekonomi Malaysia agar dapat diselaraskan dengan perkembangan global.

Katanya, di Malaysia, terdapat 27 pengeluar jenama kenderaan merangkumi jenama nasional serta antarabangsa, di samping lebih dari 700 vendor, 53,000 pengedar, penjual dan pusat servis, dan juga lebih 700,000 individu yang bekerja di dalam sektor automotif dan mobiliti. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini