Terkejut ular sawa burung dalam tangki pam tandas - Utusan Malaysia

Terkejut ular sawa burung dalam tangki pam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG – Seorang tukang cuci terkejut apabila menemui empat ekor ular sawa burung di dalam tangki pam tandas di sebuah perpustakaan desa di Padang Nyiur di sini hari ini.

Reptilia tersebut ditemui Norizan Ahmad, 36, ketika dia mahu mencuci tandas termasuk tangki pam berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular di Perpustakaan Desa Padang Nyiur itu pada pukul 10.50 pagi ini.

“Empat anggota diketuai Sarjan (PA) Mohd. Rodzi Ahamad bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa 10 minit untuk menangkap keempat-empat ular tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, empat ular sawa burung yang matang itu dipercayai tinggal di situ kerana mencari tempat yang sejuk untuk berlindung.

“Ular sawa burung sering ditemui berkumpulan dan kita pernah membuat tangkapan 10 ekor ular sawa jenis ini di satu tempat yang sama,” ujarnya.

Tambahnya, keempat-empat ular tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×