Bezza edisi terhad RM44,890 sebuah - Utusan Malaysia

Bezza edisi terhad RM44,890 sebuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


SERDANG 11 April – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan 50 buah Bezza edisi terhad yang berharga RM44,890 sebuah tidak termasuk insurans sempena Malaysia Autoshow 2019 yang bermula hari ini hingga 14 April.



Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Bezza edisi terhad hanya boleh ditempah semasa Malaysia Autoshow 2019 berlangsung dan tidak terdapat di bilik-bilik pameran Perodua.

Katanya, Bezza edisi terhad tampil dengan warna luaran Ivory White dan kit badan GearUp kemasan hitam matte yang dikelilingi jalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam matte.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Model ini juga didatangkan dengan bumbung berwarna hitam matte dan rim aloi kelabu gelap, cermin sisi berwarna merah dan pelekat corak geometri pada bahagian bonet dan sisi.

“Bahagian dalaman Bezza edisi terhad lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah dan karpet koil GearUp,” katanya dalam majlis memperkenalkan Bezza edisi terhad di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini