KUALA LUMPUR 10 April – QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands) mengambil keputusan untuk menetapkan semula tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia susulan perbincangan dengan pihak bank.
“Dalam masa sama, QSR Brands akan kekal memberi tumpuan buat KFC, Pizza Hut dan Ayamas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
QSR Brands sebelum ini dilaporkan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada pertengahan 2019 yang dijangka mampu menjana sehingga AS$500 juta (RM2.05 bilion).
Pengendali restoran makanan popular itu, pada Oktober tahun lalu memfailkan draf prospektus cadangan penyenaraian semula sahamnya di Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mana menawarkan 1.465 bilion saham untuk dijual dalam IPO termasuk terbitan awam 70 juta saham baharu QSR Brands.
Selain QSR Brands, rancangan penyenaraian pengeluar produk ternakan, Leong Hup International Bhd. sebelum ini dilihat dapat membantu memulihkan pasaran utama yang lemah. – UTUSAN ONLINE











