KUALA LUMPUR 10 April – Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) serta rakan usaha samanya, Hiap Seng Engineering Limited., memperoleh perjanjian perkhidmatan induk bagi pemulihan bersepadu mekanikal utama dan penyelenggaraan statik dari Petronas.
MMHE adalah anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MHB).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MHB berkata perjanjian itu sah selama lima tahun dengan pilihan dilanjutkan oleh syarikat minyak negara itu.
“Kontrak itu meliputi kerja pemulihan loji bersepadu dan kerja penyelenggaraan harian mengenai statik mekanikal untuk kilang Petronas.
“Projek ini sejajar dengan strategi kami untuk meneroka perniagaan baharu yang menyediakan pesanan berulang dalam memastikan kemampanan pertumbuhan syarikat,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Wan Mashitah Wan Abdullah Sani. – BERNAMA











