Kemalangan di Sentul: Rapid Bus sedia beri kerjasama - Utusan Malaysia

Kemalangan di Sentul: Rapid Bus sedia beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April- Rapid Bus bersedia memberi kerjasama penuh dengan pihak polis berhubung satu kemalangan melibatkan sebuah bas Rapid KL Laluan 170 di Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul tengahari tadi.

Rapid Bus dalam memaklumkan, kejadian yang berlaku pada pukul 12.36 tengah hari itu seorang penunggang motosikal wanita yang cuba memotong sebuah kereta dalam keadaan laju telah melanggar bonggol jalan dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar bahagian depan bas yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang kritikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun, kapten bas serta 20 penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut Rapid Bus dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Bandar.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini