Raja ular koma dipatuk tedung selar Sabtu lalu sudah sedar - Utusan Malaysia

Raja ular koma dipatuk tedung selar Sabtu lalu sudah sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 10 April – Raja ular, Azri Ahmad, 50, yang koma selepas dipatuk ular tedung selar di Kampung Belukar, Abi Sabtu lalu sudah sedar dan kini ditempatkan di wad biasa di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Beliau yang bertugas di Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat di sini berkata, pada masa ini, dia masih tidak dibenarkan pulang ke rumah dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kejadian Sabtu lalu, saya tidak menyangka tedung selar itu sempat mematuk tangan saya kerana ia berlaku begitu pantas. Ini adalah kali kedua saya dipatuk ular selepas kejadian pertama pada 2015 iaitu dipatuk ular kapak,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Azri dilaporkan koma selepas dipatuk ular tedung selar ketika cuba menjinakkan reptilia tersebut dalam kejadian di Kampung Belukar, Abi di sini.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku selepas Azri cuba memasukkan ular tersebut di dalam karung, walau bagaimanapun reptilia berkenaan sempat mematuknya.

Sebelum itu, dia diminta oleh penduduk kampung untuk menangkap seekor ular tedung selar yang memasuki rumah salah seorang penduduk di kawasan berkenaan.

Tambah Azri, keadaannya semakin baik dan mungkin akan dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini