MB: Perlu lantik segera untuk kestabilan pentadbiran - Speaker - Utusan Malaysia

MB: Perlu lantik segera untuk kestabilan pentadbiran – Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU, 10 April- Pelantikan Menteri Besar Johor diharapkan dapat dibuat secepat mungkin, bagi menjaga kestabilan pentadbiran negeri, kata Speaker Dewan Negeri Johor, Suhaizan Kayat.

“Biasanya (proses pelantikan) singkat sebab melibatkan kestabilan negeri tapi seeloknya seminggu,” kata beliau.

Suhaizan, yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor berkata ketika ini, pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, selain itu, beliau berkata, Dewan Negeri Johor tidak perlu dibubarkan kerana usia pentadbiran kerajaan negeri sedia ada belum lagi setahun.

“Tiada keperluan bubar dewan. Kita belum setahun melepasi PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14). Kita hanya perlu tukar (ganti) Menteri Besar (Datuk Osman Sapian) yang telah letak jawatan sahaja. Jangan sakit lain tapi ubat di tempat lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perjalanan pentadbiran kerajaan negeri dan saranan pihak pembangkang yang mahu Dewan Negeri Johor dibubar bagi memberi peluang rakyat memilih kepemimpinan negeri yang baharu.

Suhaizan berkata, sesiapa pun yang menjadi Menteri Besar baharu yang dilantik, pihak Dewan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau telah menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Osman, Suhaizan berkata, surat peletakan itu tidak perlu dihantar kepadanya, melainkan Osman meletak jawatan sebagai ADUN. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini