Bayi lelaki 5 bulan maut tersedak susu - Utusan Malaysia

Bayi lelaki 5 bulan maut tersedak susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 April – Seorang bayi lelaki berusia hampir lima bulan meninggal dunia dipercayai disebabkan tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam.

Bapa mangsa, Muhd Hafez Mohamed, 31, berkata, dia dihubungi pengasuh kira-kira pukul 2.30 petang bahawa anak bongsunya, Harraz tidak sedarkan diri sebelum bergegas ke lokasi dari tempat kerja.

“Setiba saya sampai di rumah pengasuh, pengasuh yang dalam keadaan menangis menyerahkan Haraz ke pangkuan saya dan memberitahu dia tidak tahu apa yang berlaku padanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan pada ketika itu, melihatkan keadaan Harraz sudah menjadi biru, saya dapat rasakan anak saya sudah meninggal dunia. Saya terus mendukungnya dengan menaiki motosikal terus ke klinik kesihatan Kampung Melayu Majidee,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, petang tadi.

Muhd. Hafez dimaklumkan oleh pengasuh bahawa anak bongsu daripada dua-beradik itu diberikan susu kira-kira pukul 12 tengahari sebelum ditidurkan.

Katanya, pengasuh memberitahu mangsa disedari secara tiba-tiba kelihatan biri di bahagian muka dan badannya mula menjadi kaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini