PRK Rantau: Ketua Dewan Ulama Pas seru undi Tok Mat - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Ketua Dewan Ulama Pas seru undi Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – “Kalau boleh mengundi, saya akan undi Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan),” kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

Beliau malah mendoakan calon Barisan Nasional (BN) itu menang besar dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kali ini.

Menurut beliau, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang berjaya mengukuhkan kerjasama antara UMNO dan Pas itu mungkin menjadi pemimpin Malaysia pada masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BN dan Pas akan terus berusaha sehingga dapat menerajui pemerintahan negara,” katanya sambil disahut laungan takbir sebanyak tiga kali oleh orang ramai semasa berceramah di Felda Sendayan dekat sini malam tadi.

Dalam pada itu, Mahfodz menafikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa negara akan menjadi seperti pemerintahan Taliban di Afghanistan jika BN dan Pas berkuasa.

“Selama hampir 30 tahun Pas memerintah Kelantan tidak pernah ada titisan darah kaum lain mengalir di negeri itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam ucapannya berkata, rakyat perlu menilai prestasi kerajaan PH sebelum keluar mengundi pada 13 April ini.

Tegas beliau, pelbagai janji tidak ditunaikan oleh PH selepas menjadi kerajaan, malah banyak kenyataan pemimpinnya yang mengelirukan hingga menjadi bahan ketawa.

Beliau turut mengingatkan kerajaan BN tumbang pada 9 Mei tahun lalu kerana rakyat mengundi berdasarkan emosi disebabkan permainan sentimen keterlaluan oleh PH untuk menimbulkan kemarahan mereka kepada BN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini