Kertas Putih pemulihan Felda dibentang tengah hari ini - Utusan Malaysia

Kertas Putih pemulihan Felda dibentang tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Masa depan dan nasib lebih 100,000 warga Felda boleh diketahui tengah hari ini apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Parlimen.

Difahamkan beberapa isu akan disentuh dalam Kertas Putih itu termasuk usaha mengurangkan beban kewangan Felda, mengurangkan hutang peneroka dan berkaitan projek Perumahan Generasi Baharu Felda.

Turut dilaporkan Felda memohon suntikan kewangan sebanyak RM6 bilion daripada kerajaan untuk melaksanakan pelbagai program pemulihan agensi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli-ahli Parlimen berpeluang membahaskan Kertas Putih itu semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat selepas dibentangkan.

Beberapa pihak menagih tindakan segera daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diterajui Mohamed Azmin supaya menyusun langkah memulihkan Felda berbanding hanya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam agensi tersebut.

Kertas Putih itu pada mulanya dicadang dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pada hujung tahun lalu namun dinasihatkan Jabatan Peguam Negara supaya ditangguhkan atas sebab-sebab perundangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini