Terima Kasih Tok Man - DMJ - Utusan Malaysia

Terima Kasih Tok Man – DMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 April – Tindakan berjiwa besar Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan Menteri Besar seperti disarankan merupakan langkah yang bertanggungjawab dan perlu dihormati.

Dewan Muda Johor (DMJ) berkata, peristiwa yang berlaku itu memberi isyarat jelas kepada semua pemimpin dan parti politik bahawa suara keramat rakyat tidak boleh dipandang mudah.

“Ia juga satu isyarat bahawa rakyat mempunyai suara keramat yang tidak boleh dipandang ringan apabila bersatu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang berlaku di negeri ini adalah bukti jelas rakyat mahukan pemimpin yang serius memimpin Johor ke arah yang lebih baik, progresif, dan berkemajuan,” menurut DMJ dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, DMJ turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Osman atas khidmat bakti beliau memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Johor.

Kepada Osman, kata DMJ, diharap beliau dapat terus mencurahkan khidmat bakti menjaga kebajikan rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini