Surat palsu minta ibu bapa waspada gangguan lembaga hitam putih - Utusan Malaysia

Surat palsu minta ibu bapa waspada gangguan lembaga hitam putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 April – Polis tidak mengeluarkan sebarang surat rasmi meminta ibu bapa mengawasi anak masing-masing supaya tidak keluar rumah pada waktu malam konon wujudnya lembaga hitam putih berkeliaran di Kuala Kangsar seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, surat tersebut adalah palsu walaupun mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tandatangan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan.

Menurutnya, polis percaya penyebaran surat tersebut bagi menakutkan orang ramai dan turut menafikan berlaku kes kehilangan orang seperti yang tertulis dalam surat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu laporan polis telah pun dibuat mengenainya dan tindakan akan diambil terhadap individu yang menulis dan menyebarkan surat berkenaan. Juga tiada kes kehilangan orang yang berlaku di Kuala Kangsar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 Kontinjen Perak di Pasar Raya Besar Mydin Meru di sini hari ini.

Surat yang tular itu bertarikh 29 Mac lalu ditujukan kepada semua Balai Bomba dan Penyelamat, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam surat tersebut, pihak polis kononnnya mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar tidak membenarkan anak mereka keluar rumah pada waktu malam kerana bimbang berlaku kes kehilangan orang seperti yang berlaku sebelum ini.

Surat tersebut juga menyatakan terdapat satu lembaga hitam dan putih yang berkeliaran di sekitar Kuala Kangsar termasuk di Sayong Lembah, Sayong Tebing dan Kota Lama Kanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini