Rakyat Johor tunjukkan suara di Facebook - Utusan Malaysia

Rakyat Johor tunjukkan suara di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 April – Ekoran spekulasi Menteri Besar, Osman Sapian akan ditukar, Facebook Ops Johor menjalankan undian bertanyakan pendapat rakyat Johor berhubung perkara itu.

Facebook tersebut pada Ahad memulakan satu undian sama ada rakyat Johor mahukan Menteri Besar yang baharu atau pun mahu pilihan raya negeri diadakan.

Ops Johor memuat naik entri berbunyi: “Jom kita undi! Tunjukkan suara anda wahai rakyat Johor!.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Telah tersebar berita mengenai rombakan yang akan berlaku dalam kerajaan Johor dan terdapat desas desus menyebut kedudukan Osman Sapian @ Mat Datsun sebagai Menteri Besar turut terancam.

“Apa yang lebih untuk rakyat? Tukar MB atau bubar DUN?,”.

Setakat pukul 4 petang tadi, posting itu mendapat lebih daripada 5,700 undi dengan 79 peratus mengundi mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar manakala 21 peratus mahu Menteri Besar ditukar.

Rata-rata komen yang diterima juga memberi komen untuk membubarkam DUN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini