RM1,000 kepada pemenang hasilkan boneka tangan kreatif - Utusan Malaysia

RM1,000 kepada pemenang hasilkan boneka tangan kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Pembuat boneka tangan kreatif atau hand puppet berpeluang merebut hadiah wang tunai RM1,000 dalam pertandingan itu sempena Hari Kemahiran dan Keusahawanan KEMAS Peringkat Wilayah Persekutuan 2019, 20 April ini.

HANTAR penyertaan sebelum 16 April ini kepada Urusetia KEMAS, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, Aras 22, Menara DBP. – UTUSAN ONLINE

Pertandingan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu turut dimeriahkan dengan pertandingan Menulis Skrip Boneka Tangan di Dewan Gemilang, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melati, Wangsa Maju di sini dari pukul 8.30 pagi hingga 2 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

DBP dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan itu terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas dan orang ramai dipelawa menyertainya untuk menang wang tunai dan sijik penyertaan.

“Individu yang berminat masih boleh menghantar penyertaan sebelum 16 April ini kepada Urusetia KEMAS, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, Aras 22, Menara DBP,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Nor Hidayah di talian 03-2147 9703 atau Muhammad Rafiq di 012-675 6055. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini