Polis nafi keluar surat mengenai lembaga hitam putih - Utusan Malaysia

Polis nafi keluar surat mengenai lembaga hitam putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Polis Perak menafikan pihaknya mengeluarkan sepucuk surat mengenai peringatan kepada ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak keluar pada waktu malam dan berhati-hati dengan lembaga hitam putih yang berkeliaran di sekitar Kuala Kangsar seperti tular di media sosial sejak semalam. 

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, surat tersebut seakan-akan betul kerana mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditandatangani Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan.

“Ia merupakan surat palsu dan penyebaran surat tersebut dibuat bagi menakutkan orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu laporan polis telah dibuat dan tindakan akan diambil terhadap individu yang menulis dan menyebarkan surat berkenaan. Tiada kes kehilangan orang berlaku di Kuala Kangsar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 Kontinjen Perak di Pasar Raya Besar Mydin Meru di sini hari ini.

Tambah Razarudin, siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu berkenaan.

Surat bertarikh 29 Mac lalu itu ditujukan kepada semua Balai Bomba dan Penyelamat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam surat tersebut, polis mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar tidak membenarkan anak mereka keluar rumah pada waktu malam kerana bimbang berlaku kes kehilangan orang seperti yang berlaku sebelum ini.

Surat tersebut juga menyatakan terdapat satu lembaga hitam dan putih yang berkeliaran di sekitar Kuala Kangsar termasuk di Sayong Lembah, Sayong Tebing dan Kota Lama Kanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini