Parlimen: Zon larangan guna telefon diwujudkan - Utusan Malaysia

Parlimen: Zon larangan guna telefon diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Zon larangan penggunaan telefon bimbit atau peralatan komunikasi lain yang mampu merakam maklumat, telah diwujudkan bagi mengelakkan penyebaran dan kebocoran maklumat rahsia rasmi kerajaan.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Jabatan Perdana Menteri menyatakan zon tersebut terpakai bagi mana-mana mesyuarat penting yang dikategorikan sebagai kritikal dan berisiko tinggi.

Larangan ini sebagaimana yang ditetapkan oleh surat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia bertarikh 31 Jan 2019 bagi mengelakkan sebarang penyebaran dan kebocoran maklumat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) yang ingin tahu langkah-langkah diambil Jabatan Peguam Negara untuk memastikan segala urusan kerja Jabatan Peguam Negara terjamin kesulitannya dan tidak berlaku sebarang kebocoran.

RSN Rayer merujuk kebocoran surat pekeliling yang dikeluarkan oleh jabatan itu mengenai urusan perbicaraan mahkamah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini