MBSA perkenal perkhidmatan EPS mudahkan orang ramai, pelanggan - Utusan Malaysia

MBSA perkenal perkhidmatan EPS mudahkan orang ramai, pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan perkhidmatan atas talian Electronic Public Services (ePS) bagi memudahkan pelanggan dan orang ramai melakukan urusan dengan lebih mudah tanpa beratur di kaunter.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, antara perkhidmatan yang disediakan oleh ePS adalah iLesen, iCukai, iKompaun, iSewa, iTempahan, iPemborong, iBayaran, eBazar, iAduan dan OSC Online.

“Pelanggan MBSA atau pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna EPS terlebih dahulu sebelum mengguna pakai perkhidmatan iLesen dengan melengkapkan maklumat seperti nombor kad pengenalan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pasport, nama, nombor telefon dan e-mel,” katanya pada Majlis Perasmian Taklimat Bazar Ramadan, di Auditorium MBSA, di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Mohd Rashidi, perkhidmatan iLesen menyediakan perkhidmatan memohon dan memperbaharui lesen seperti lesen industri, lesen perniagaan, lesen penyeliaan makanan, lesen tadika, lesen iklan, lesen usahawan kecil atau penjaja, lesen anjing dan lesen ‘food truck.

“Ia menelan kos sebanyak RM35,000 untuk membangunkan aplikasi ini dan ia dilakukan dalam tempoh lapan minggu yang bermula 1 Januari lepas,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini