Tingkat kemahiran ibu tunggal di Pusat Jaya Diri YPKDT - Utusan Malaysia

Tingkat kemahiran ibu tunggal di Pusat Jaya Diri YPKDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 8 April – Wanita khususnya mereka yang merupakan ibu tunggal diminta untuk mengikuti kursus serta latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka di Pusat Jaya Diri Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sedia ada dalam negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, setakat ini terdapat lima Pusat Jaya Diri YPKDT beroperasi.

“Kerajaan negeri mahu memastikan setiap daerah memiliki sekurang-kurangnya satu pusat jaya diri yang bertujuan untuk memperkasa wanita, khususnya golongan suri rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pusat Jaya Diri yang beroperasi kini adalah di Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat dan Segamat, manakala dua lagi iaitu di Tangkak dan Kulai akan dibuka pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pembangunan Sahsiah, Emosi dan Eksplorasi Diri (Proseed) dan Program Transformasi Minda Insan (Promis).

Turut diadakan Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal dan Srikandi Berpendapatan Rendah.

Tambah Cai Tung, Pusat Jaya Diri YPKDT merupakan sebuah institusi yang memberi ilmu kemahiran sara hidup kepada golongan ibu tunggal seperti kelas memasak, membuat kek dan menjahit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini