Pencemaran: 120 mangsa sisa kimia Pasir Gudang lapor polis - Utusan Malaysia

Pencemaran: 120 mangsa sisa kimia Pasir Gudang lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seramai 120 individu membuat laporan polis hari ini berhubung bencana pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang bulan lepas.

Laporan masing-masing daripada penduduk di sekitar Taman Pasir Putih, Pasir Gudang Baru, Cahaya Baru dan Taman Scientex itu dilakukan mulai 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, merangkumi tuntutan ganti rugi berhubung kejadian itu.

Peguam yang mewakili kesemua individu tersebut, Kamarudin Ahmad berkata asas saman tuntutan ganti rugi di atas kecuaian pihak berkuasa dan pemilik kilang yang menjadi dalang kepada pencemaran itu akan dibuat pada Jun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata tuntutan itu akan dibuat setelah pihaknya mendapat kesemua maklumat termasuk laporan kesihatan yang penuh terhadap kesemua anak guamnya.

“Tuntutan saman ganti rugi ini adalah tertumpu kepada kos perbelanjaan dari segi perubatan, perjalanan dan pemeriksaan kesihatan yang perlu ditanggung mangsa. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini