KUALA LUMPUR 6 April – Wang tunai RM3,000 menanti golongan belia yang berjaya mencipta logo dalam pertandingan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) sempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.
MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan bertema `Youth Power’ itu terbuka kepada belia berusia antara 15 hingga 40 tahun.
“Penyertaan adalah percuma dan logo yang terpilih akan diguna pakai bagi kesemua aktiviti promosi, pameran atau percetakan sempena sambutan pada tahun ini.
“Semua penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 15 April ini, pukul 12 tengah malam,” menurut MBM.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook MBM atau Jabatan Belia dan Sukan Negara atau laman web http://belia.org.my/wp/2019/04/05/pertandingan-mencipta-logo-hari-belia-negara/. – UTUSAN ONLINE











