UEC: Nie Ching kena mohon maaf - Utusan Malaysia

UEC: Nie Ching kena mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 April – Alumni GPMS Kebangsaan hari ini menggesa Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching memohon maaf atas tindakannya yang terlalu ghairah menyokong Peguam Negara, Tommy Thomas mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

SYED ANUAR SYED MOHAMAD

Presiden Alumni GPMS Kebangsaan, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, ini kerana, dalam keghairahan Nie Ching menyatakan pengiktirafan itu, rupanya Kementerian Pendidikan masih dalam proses mengkaji status UEC itu yang dijangka akan dibentangkan Julai depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjelaskan bahawa UEC bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara dan sebarang usaha menyokong pengiktirafan sijil berkenaan disifatkan sebagai bersifat prejudis serta menghina dasar pendidikan sedia ada.

“Kita (Alumni GPMS Kebangsaan) konsisten menolak sebarang usaha mengiktiraf UEC ini. Cuma kita minta Timbalan Menteri Pendidikan (Nie Ching) minta maaf kerana terlalu ghairah sokong Peguam Negara mengiktiraf sijil itu.

“Sedangkan Kementerian Pendidikan masih dalam proses mengkaji UEC yang dijangka

dibentangkan pada Julai depan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nie Ching sebelum ini membuat kejutan mengeluarkan kenyataan dengan mengiktiraf UEC sedangkan kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan masih di peringkat kajian mengenainya.

Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menyatakan pendirian bahawa UEC hanya boleh diiktirafkan oleh kerajaan.

Syed Anuar seterusnya berkata, pihaknya percaya Kabinet akan mempertimbangkan dari segenap aspek sebelum membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu.

“Kita yakin Kabinet akan pertimbangkan dari semua sudut sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat sebaik sahaja Kementerian Pendidikan bentangkan laporan pada Julai depan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini