Pameran Auto Malaysia 2019 kumpul peminat kereta di MAEPS, 11-14 April - Utusan Malaysia

Pameran Auto Malaysia 2019 kumpul peminat kereta di MAEPS, 11-14 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Peminat kereta enjin berkuasa tinggi, Volkswagen dialu-alukan untuk ke Pameran Auto Malaysia 2019 (Malaysia Autoshow 2019) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Selangor, 11 hingga 14 April ini.

Volkswagen dalam laman sosial Facebook memaklumkan, pengunjung boleh melihat secara lebih dekat kereta impian mereka terutama model Volkswagen sepanjang pameran berlangsung.

Pameran bertemakan ‘Mobiliti untuk Semua’ (Mobility for All) itu turut mempamerkan 100 unit kereta pelbagai jenama yang kesemuanya mempunyai ciri-ciri terkini dalam aspek teknologi, keselamatan dan keselesaan bagi kenderaan di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain pameran kereta, pelbagai aktiviti menarik juga disediakan kepada pengunjung antaranya 4×4 Taxi Ride, Go Kart dan pandu uji model baharu sejauh tiga kilometer.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan tiket masuk secara dalam talian di http://www.autoshow.com.my/buy-tickets-online dengan harga RM20.

Pembelian dua tiket ke atas pula akan ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini