Agong terima kunjungan Infantino - Utusan Malaysia

Agong terima kunjungan Infantino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah menerima menghadap Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, di Istana Negara, hari ini.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah menerima jersi daripada Presiden FIFA,Gianni Infantino di Istana Negara, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut Infantino turut menyampaikan ucapan terima kasih atas khidmat bakti Seri Paduka Baginda bersama Jawatankuasa FIFA dan juga mengucapkan tahniah kepada Baginda atas perisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seri Paduka Baginda telah berkhidmat bersama Jawatankuasa FIFA sejak tahun 2015 dan telah terlibat dalam bola sepak tempatan serta antarabangsa selama lebih dari tiga dekad.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat, Carlos Cordeiro, dan Pengarah Persatuan Ahli Asia-Oceania, Sanjeevan Balasingam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini