Pelajar Kolej Komuniti Baling terpilih sertai pertandingan masakan di Rusia - Utusan Malaysia

Pelajar Kolej Komuniti Baling terpilih sertai pertandingan masakan di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 5 April – Seorang pelajar Kolej Komuniti Baling, Muhammad Irfan Hadi Sulaiman, 22, dari Kupang, Baling melakar sejarah tersendiri apabila dipilih mewakili Malaysia ke Pertandingan Worldskills Competition Kazan, Rusia 2019 pada 22 hingga 27 Ogos depan.

Pengarahnya, Sobah Abdul Hamid berkata, kejayaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Syed Abu Bakar, Baling itu bermula apabila dia memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan masakan tahun lalu.

Katanya, pertandingan itu adalah anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ke negara berkenaan, Muhammad Arfan Hadi akan menghadiri satu Program Global Skills Challenge di Melbourne, Australia pada 9 hingga 15 April ini.

“Turut mengikuti pelajar ini nanti ialah empat orang pegawai Kolej Komuniti Baling dan seorang Chef.

“Lebih manis, Agro Bank Baling turut berbesar hati menaja pelan insuran perlindungan diri bernilai RM22,000 setiap seorang semasa ke negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis penyerahan Manfaat Pelan Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Plus kepada Muhammad Irfan Hadi dalam satu majlis di Kolej Komuniti Baling di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Agro Bank Baling, Nik Sharifuddin Bakri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini