BANGKOK 5 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand menyatakan banyak calon yang dikhabar memenangi kerusi Parlimen bulan lalu sedang disiasat dan boleh dibatalkan kelayakan.
Menurut Komisioner Pilihan Raya, Pakorn Mahannop, pihaknya akan menyiasat ‘66 orang mendapat undi tertinggi dalam sistem Parlimen’ yang menerima aduan.
“Sama ada 66 calon ini akan dibatalkan kelayakan bergantung kepada penyiasatan dibuat,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketika ini, SPR Thailand sedang dikecam berikutan melambatkan pengumuman keputusan pilihan raya dan pengiraan undi yang tidak efisien pada 24 Mac lalu. – AFP











