Air kosong ganti susu sebagai alas perut - Utusan Malaysia

Air kosong ganti susu sebagai alas perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 April – Seorang ibu tunggal di Kampung Langgar, di sini, terpaksa memberi minum air kosong kepada anaknya yang berusia dua tahun kerana tiada sumber kewangan untuk membeli susu yang sepatutnya.

Nurliza Yaakob, 36, hanya bergantung kepada kerja membuat kuih secara kecil-kecilan terpaksa berjimat cermat kerana pada masa sama terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan.

Kesusuhan hidup ibu tunggal ini mendapat perhatian Kelab Volenteer I Care (VIC) yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan bantuan sekadar yang mampu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi VIC, Muhammad Afiq Aiman Sukry berkata, wanita itu buntu memikirkan masa depan dia dan dua anaknya yang berusia dua serta 11 tahun, tambahan dia sendiri mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan tulang belakang.

“Saya meluangkan masa mengunjungi keluarga ini selepas dimaklumkan mengenai penderitaan wanita berkenaan.

“Menurut ibu tunggal ini, pembedahan untuk tulang belakangnya akan dibuat dalam tempoh terdekat namun dia masih dalam dilema terhadap pelbagai kemungkinan termasuk pengurusan hidup dua anaknya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhammad Afiq berkata, pihaknya sekadar mampu membantu membekalkan barangan dapur dan membeli susu untuk anaknya.

“Semoga akan ada jalan penyelesaian untuk mereka sekeluarga termasuk ihsan orang ramai untuk meringankan bebanan mereka.

“Anaknya yang berumur 11 tahun turut mendapat wang saku sebanyak RM5 setiap hari hasil sumbangan kelab guru dan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar,” katanya.

Mereka yang sudi membantu boleh menghubungi urusetia VIC di talian 0199344077. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini