Kecederaan hantui City - Utusan Malaysia

Kecederaan hantui City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 April – Manchester City kini semakin kukuh untuk meraih tiga trofi musim ini apabila dijadualkan berdepan Brighton dalam saingan separuh akhir Piala FA di Wembley esok.

Hanya 13 perlawanan lagi skuad bimbingan Pep Guardiola perlu harungi musim ini untuk merangkul kejuaraan dalam Piala FA, Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara selepas mengucup trofi Piala Liga Februari lalu.

Bagaimanapun skuad Citizens perlu mengharungi tujuh perlawanan sebelum tamat April ini, sekali gus membuatkan Guardiola pening untuk menyusun startegi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleksandr Zinchenko mengalami kecederaan hamstring pada Rabu lalu selepas menang 2-0 ke atas Cardiff, di mana menyaksikan City kembali merampas takhta Liga Perdana.

Pemain kebangsaan Ukraine itu berada di posisi bek kiri selepas ditukarkan dari posisi tengah sejak Guardiola mengambil alih City, manakala pemain berharga 52 juta pound (RM278 juta), yang juga pemenang Piala Dunia, Benjamin Mendy telah banyak direhatkan sejak dua musim lalu ekoran keederaan lutut.

Kesabaran Guardiola turut diuji selepas Mendy dirakam berada di kelab malam pada pukul 3.30 pagi Sabtu lalu, beberapa jam sebelum juara Inggeris itu berkunjung ke Fulham.

Mendy tidak berada dalam skuad, namun dia masih perlu menjalani sesi latihan pada keesokan harinya termasuk meneruskan proses pemulihan.

“Mereka sudah cukup lama untuk mengetahui apa yang perlu mereka lakukan, saya bukan ayahny

““Saya lebih gemar jika dia pulang awal tetapi saya tidak mahu mengongkong pemain saya dalam situasi sebegini,” kata Guardiola ketika ditanya adakah dia berang dengan sikap Mendy.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini