KLANG 5 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkenaan kes membuat tuntutan palsu kawalan keselamatan.

SPRM dalam kenyataannya berkata, lelaki terbabit yang dikesan ialah Jarid @ Jerid Jiral berusia 45 tahun.
“Lelaki terbabit merupakan Ketua Pegawal Keselamatan dicari bagi membantu berhubung siasatan tuntutan palsu kawalan keselamatan di Sekolah Kebangsaan Klang pada 2018.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Alamat terakhir di Pangsapuri Nilam Sari, Seksyen 7, Shah Alam. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa, Muhamad Jais Sulaiman di talian 03-33715080 atau 016-8024814,” katanya. – UTUSAN ONLINE











